Game Tester

Monday, 19 September 2011

One piece (Budak Getah)

Korang pernah tgk anime atau baca komik One Piece? Di Malaysia, komiknya dikenali sebagai Budak Getah (nasib baik dia tak translate "1 Keping").. Kadang2 ada juga member2 kutuk "dah tua2 pun baca komik lagi ke?".. tapi nak buat macam mana, masa saya mula2 baca komik ni adalah pada tahun 14 tahun yang lalu.. itulah lamanya komik ini bertahan.. dan jangan terkejut, jalan cerita komik nie baru setengah jalan :)

One Piece dicipta oleh Eiichiro Oda. Mula diterbitkan pada tahun 1997 di Shonen Jump terbitan Shueisha dan siri animasi bermula pada tahun 1999. Ia adalah komik pertarungan yang berasaskan komedi.

Siri ini berkisarkan seorang remaja yang bernama Monkey D Luffy yang mahu menjadi raja lanun dan mendapatkan One Piece yang terletak di hujung laut Grand Line. So asas cerita ini adalah berkisarkan zaman lanun. Seperti mana2 siri komik, pastilah ada Super Power!! Dalam kes ini, ia adalah Buah Syaitan yang mana pemakan buah ini akan mendapat kuasa tertentu. Contohnya Luffy makan buah getah dan menyebabkan dia menjadi orang getah. Ada yang memiliki kuasa cahaya, petir, bayang, ais dan macam2 lagie :)



Monkey D. Luffy
Dia adalah watak utama dalam komik ini. Seperti kebanyakan komik2 jepun (rurouni kenshin, slam dunk, GTO, etc), watak utama biasanya seorang yang bodoh atau nampak lemah tetapi sebenarnya sangat hebat!! Dia menggunakan kelebihannya sebagai orang getah untuk menghasilkan pelbagai teknik pertarungan. Disebabkan dia flexible (perut pun ikut flexible), dia kuat makan dan selalu menghabis makanan rakan2 dan seterusnya membantu banyak scene yang kelakar. Seorang yang pantang dengar "tak boleh" atau "bahaya".. lagi kata "jangan", lagi la dia nak buat :)




Roronoa Zoro
Pendekar samurai yang menggunakan aliran 3 pedang dan merupakan pemedang dalam kumpulan ini. Bercita cita menjadi pendekar paling hebat di dunia.. Karakter dia dijadikan sebagai pendekar yang memegang tatasusila pendekar dan berdisiplin seperti pendekar. Scene yang selalu membuatkan dia kelakar? Dia selalu sesat jalan :)








Nami
Bekas pencuri dan merupakan Pemandu Arah bagi kumpulan lanun nie.. Bercita cita untuk melakar peta di seluruh dunia. Walaupun dia tidak sekuat yang lain, tetapi memandangkan dia perempuan dan bijak, kata-katanya jarang dibantah ahli lain. Byk juga scene yang mana Luffy, Zoro dan Sanji dipukul atau dimarahi Nami :)





Usop
Usop merupakan Penembak Tepat. Dia diberi nama Usop kerana suka menipu. Bagi yang pelik kenapa namanya agak kemelayuan, ini adalah kerana dalam bahasa jepun, usoppu = penipu. Bercita cita untuk menjadi pejuang laut dan karakternya dijadikan sebagai seorang yang penakut dan selalu berfikiran negatif.








  

Sanji
Sanji merupakan Tukang Masak dalam kumpulan ini. Dia bercita cita untuk sampai ke All Blue iaitu satu lautan yang mana semua jenis haiwan laut ada di situ. Memiliki tendangan yang tiada tandingan. Karakternya dijadikan sebagai seorang lelaki yang gilakan perempuan. Selalu "dikudakan" oleh perempuan :)






Chopper
Chopper atau nama sebenarnya Tony Tony Chopper (mmg ada 2 Tony) merupakan bertugas sebagai doktor. Dia merupakan seekor rusa yang termakan buah syaitan bersiri manusia dan menyebabkan dia memiliki sifat manusia. Salah seorang dari 3 penakut dalam crew ini (selain Nami dan Usop).







Robin
Robin merupakan pakar sejarah dan merupakan satu-satunya orang yang terselamat ketika kampungnya dimusnahkan. Seorang perempuan yang berkuasa buah syaitan, dia boleh menumbuhkan mana-mana bahagian badannya ke badan orang lain. Dalam kisah ini, terdapat satu masa (100 tahun) yang mana tiada maklumat mengenainya. Dia bercita cita untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dalam tempoh tersebut.




Franky
Manusia cyborg. Pelbagai senjata dan kegunaan diletakkan pada badannya. Dia merupakan Tukang Kapal bagi kumpulan ini. Dia menyertai Luffy setelah membina kapal untuk kumpulan Luffy yang dikenali sebagai Thousand Sunny. Seperti dirinya, kapal Thousand Sunny juga dilengkapi
dengan pelbagai senjata dan peralatan yang pelik2.. lebih selesa dengan hanya memakai spender :)










Brooke
Brooke makan buah syaitan yang membolehkan rohnya masuk semula ke dalam badannya setelah dia mati. Malangnya, dia mati di kawasan yang dipenuhi kabus. Ini menyukarkan rohnya mencari badannya, apabila dah jumpa, badannya telah menjadi rangka. Jadilah dia pemuzik kapal yang hanya ada rangka. Suka melihat seluar dalam wanita :)










So kalau ada watak yang menarik hati, anda boleh cuba menonton animasi komik ini di sini. Berhati-hati, anda mungkin terus terlekat di kerusi :p

xxxglobal.blogspot.com






Thursday, 7 April 2011

Bantuan pilihanraya bukan rasuah?

 "Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?
"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),"

Petikan di atas merupakan jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz  ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat pada 28 Mac 2011.

Bagi sesiapa yang menonton sidang parlimen ketika Nazri menjawab soalan ini, jelas sekali dia menjawab soalan tersebut sekadar untuk melepaskan batuk di tangga. Orang dah tanya, nak taknak kena la jawab. Isunya di sini, adakah bantuan pilihanraya merupakan sejenis rasuah?

Saya berpendapat ia memang RASUAH. Apa itu rasuah?

"Rasuah adalah tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut"  -Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam kes pilihanraya, kita bagi apa yang awak perlukan (material atau perkhidmatan), awak undi sama kita (imbuhan). Nazri mengatakan bantuan tersebut hanya disegerakan dan bukannya baru diwujudkan. Tetapi tidakkah nampak pelik apabila bantuan disegerakan berdasarkan pilihanraya dan bukannya berdasarkan keperluan rakyat? Rakyat di kawasan A yang telah 10 tahun memohon agar sekolah dibina berdekatan tidak dilayan, tetapi rakyat di kawasan B (ada pilihanraya kecil) yang telah ada sekolah disajikan pula dengan sekolah yang baru. Sekolahnya dah uzur kata Sang Pemberi Janji :)

Kita boleh lihat ketika pilihanraya (terutamanya pilihanraya kecil), rakyat disajikan dengan pelbagai imbuhan dan ganjaran sebelum pilihanraya. Inilah masanya ramai pemimpin politik kononnya datang membantu rakyat, bumbung rosak? takpe, kita betulkan.. mesin jahit rosak? takpe, kita belikan baru.. bekalan air tiada? takpe, kita pasangkan.. padahal Pak Mat Tempe dah 30 tahun tak dapat bekalan air, elok je pilihanraya kecil, terus pihak yang berkaitan boleh pasangkan :)

Tetapi, mengapa isu ini agak suram? kurang diperkatakan baik oleh media massa mahupun rakyat? Sebenarnya terdapat 2 faktor utama mengapa kurangnya kesedaran untuk menghapuskan rasuah pilihanraya nie. Faktor-faktornya adalah seperti berikut:

Pertamanya adalah sukar untuk membendung masalah ini kerana baik kerajaan mahupun pembangkang, kedua-duanya terlibat dalam rasuah pilihanraya untuk memancing undi. Cuma bezanya sumber pembangkang adalah terhad kerana mereka hanya memegang sebahagian negeri manakala kerajaan memegang satu negara. So jika pilihanraya kecil di Selangor, kita boleh lihat berduyun-duyun peruntukan dari kerajaan negeri (pembangkang) dan kerajaan pusat. Jika ia berlaku di Terengganu, pembangkang kekurangan sumber, oleh itu mungkin rasuah pilihanraya dari pihak pembangkang agak suram manakala kerajaan pula semakin kuat kerana kedua-dua peruntukan kerajaan negeri dan pusat adalah dipihak mereka. Inilah salah satu sebab mengapa sebilangan rakyat dapat melihat kedua-dua kerajaan dan pembangkang terlibat dalam rasuah pilihanraya manakala sebahagian rakyat hanya dapat melihat kerajaan sahaja yang terlibat.

Keduanya pula adalah rakyat sendiri. Jangan kita lupa, jika pembangkang dan kerajaan memberi rasuah, siapa penerimanya? rakyat atau kita sendiri. Lumrah manusia, jika mereka yang untung, semua ok.. Jika mereka yang tak dapat untung, semua tak ok. Jika kita tanya Mak Andeh adakah mesin jahit yang diterimanya adalah rasuah pilihanraya? confirm dia jawab tidak.. bantuan ikhlas katanya... Tetapi jika kita tanya pada Cik Kiah yang tak menerima mesin jahit adakah Mak Andeh menerima rasuah pilihanraya? mesti dia jawab YA!!!.. Inilah lumrah manusia :)

Jadi kalau dah kebanyakan pembangkang, kerajaan dan rakyat sendiri terlibat, siapa yang nak bersuara?

Percaya atau tidak, hebatnya rasuah pilihanraya kecil nie sehinggakan rakyat mula memperkatakan betapa untungnya mereka apabila ADUN atau AP mereka meninggal dunia :)

xxxglobal.blogspot.com

Tuesday, 5 April 2011

Travian

TRAVIAN ialah permainan pelayar paling popular di dunia dan Malaysia khususnya. Sebagai pemain TRAVIAN, anda membina empayar anda, melatih bala tentera dan berperang menentang musuh bersama rakan-rakan. Ia permainan berasaskan peperangan antara 3 puak iaitu Gaul, Rom, Teuton menentang puak lagenda Natar.

Ini adalah permainan yang saya main di masa lapang. Ia permainan yang mudah difahami dan simple. Nak main pun takde lah pening2. Tetapi AWAS: Permainan ini boleh menyebabkan ketagihan :)

Setiap puak memiliki kelebihan masing2, so ikut kita la nak guna puak apa. Kenali diri anda, anda jenis apa? Suka bertahan, Puak Gaul saya cadangkan. Ia memang puak yang paling hebat dalam pertahanan tetapi pada masa yang sama memiliki kekuatan dalam serangan. Ini merupakan puak yang paling disukai saya. Bermain dengan puak ini tidak memerlukan komitmen yang tinggi.

Puak kedua yang ingin saya kenalkan ialah Puak Teuton. Puak nie memang sesuai untuk orang yang memiliki banyak masa terluang dan suka menyerang. Askar penyerang yang murah dan dilatih dengan pantas, ia merupakan puak paling digemari oleh pemain. Tetapi puak ini sangat lemah dalam pertahanan, jika tiada rakan sepersekutuan yang membantu, mereka sangat mudah dikalahkan.

Puak terakhir yang merupakan puak paling kuat dalam permainan ini ialah Puak Rom. Mereka memiliki barisan bala tentera yang sangat kuat. Memiliki kekuatan dalam pertahanan dan serangan sebagai infantri, askar berkuda mahupun enjin pemusnah mereka. Biarpun sangat kuat, ia agak sukar dibangunkan terutamanya ketika awal permainan. Kos pembinaan dan melatih askar agak tinggi jika dibandingkan dengan puak lain.
Versi terbaru mereka Travian 4 ada membuat tambahan baru dengan meletakkan Pengembaraan. Benda nie membolehkan Wira kita pergi mengembara dan mengumpul barang. Pengembaraan ini cuma sampingan, selalunya ada masa saya pergi la hantar wira mengembara, dapat barang boleh jual, jual plak dapat emas. Untung saya :)

Sesiapa yang nak try, boleh pergi kat sini:

www.travian.com.my

xxxglobal.blogspot.com

Monday, 4 April 2011

Video Seks Anwar

Bagi menghormati kes yang masih dalam siasatan dan belum dibuktikan, saya gelarkan orang tersebut sebagai OYMA (Orang Yang Menyerupai Anwar).

Ini merupakan video seks OYMA yang tersebar di youtube (telah dipadam di youtube, so jangan penat2 cari).

video
Ketua Polis Negara telahpun membuat pengesahan (dgrnya hasil bantuan Yusry KRU) yang mengatakan bahawa video asal adalah tulen dan bukannya superimposed, dibuat-buat atau sebagainya. Sila klik di sini untuk berita penuh.

Video ini dimuat-naik di Thailand dan hanya merupakan sebahagian dari video penuh (1.47 minit dari 22 minit).

Siapa penyebar? berdasarkan apa yang diketahui umum, hanya Dato T dan Polis sahaja yang memiliki video tersebut. So, terdapat kemungkinan seekor "Kambing Hitam" (kemungkinan besar dari pihak Dato T) telah dihantar ke Thailand untuk membuat sebaran tersebut.

Mengapa baru sekarang disebarkan? Sebab sebelum ini hanya Dato T sahaja yang memiliki video tersebut, so kalau disebar, sudah tentu semua orang dan siasatan polis akan terarah kepada Dato T. Tetapi sekarang, video tersebut juga dimiliki  Polis, so akan ada yang kata Dato T punya kerja, ada yang kata Polis pecah lubang. Kurang sikit beban si Kambing Hitam :)

Mengapa video ini dimuat-naik di Thailand? Sudah tentu atas tujuan keselamatan kepada pemuat-naik video ini.  Adalah lebih sukar bagi Polis Malaysia mencari siapa penyebar video ini jika ia dimuat-naik di Thailand berbanding di Malaysia. Tetapi, Polis Malaysia pun bukan calang-calang dan faktor ini disedari oleh dalang penyebar video ini. Itulah sebabnya hanya 1.47 minit sahaja dipaparkan dan tiada sebarang aktiviti seks ditunjukkan. So, kalau kantoi pun, maka si Kambing Hitam boleh la jawab "mana ada saya sebar video seks encik polis :)"

Tapi, matlamat penyebar untuk menunjukkan penglibatan OYMA dalam video tersebut tetap tercapai :)

Saya secara peribadi berpendapat OYMA memang Dato Seri Anwar Ibrahim kerana OYMA memang betul2 sama seperti Anwar. Tetapi saya akui ia masih belum  dibuktikan dan setiap orang memiliki pandangan masing2. Cuma pastikan anda melihat dahulu video ini sebelum memberikan pandangan. Jangan jadi seperti sebilangan pemimpin politik dan rakyat yang mengatakan ia bukan DSAI walaupun tidak menonton video tersebut. Tak tengok, tapi kata bukan? Jangan membabi buta menyokong mana-mana pemimpin terutamanya pemimpin politik :)

Dari imej diatas, terdapat satu kesimpulan boleh kita buat. Sama ada dia DSAI ataupun sekadar OYMA, pada waktu video ini dirakam, telo dia memang betul2 dah gatal :)

xxxglobal.blogspot.com

Siti Nurhaliza

Dato', or occasionally Datin Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (Jawi: سيتي نورهاليز بنت تارودين [siˈti nurˈhaliza binˈti taˈrudin]; born 11 January 1979) is a Malaysian singer, songwriter, record producer, television presenter and businesswoman. To date, she has garnered more than 200 local awards as well as international awards. She rose to fame as a multiple-platinum selling artist, since her winning of Bintang HMI 1995 when she was only 16 where she was given offers in form of singing contract from four different international recording companies. Her first single, Jerat Percintaan from her debut album won the 11th Anugerah Juara Lagu and another two awards for Best Performance and Best Ballad.

She is the only artist in Malaysia who has won 34 Anugerah Industri Muzik awards, 22 Anugerah Bintang Popular awards, 20 Anugerah Planet Muzik awards, 18 Anugerah Juara Lagu awards, four MTV Asia Awards and the holder of two records in the Malaysia Book of Records. Backed with 14 studio albums, she is one of the most popular artistes in the Malay Archipelago and Nusantara region and she has been voted nine times in a row for Regional Most Popular Artiste in the Anugerah Planet Muzik since 2001. Currently, she has been listed as one of Malaysia's richest most-influential, most award-winning, most single-produced artists.


In 2005, she was listed second by MTV Asia in Asia's Best Musical Artiste and Channel V's Biggest Asian Artiste. In 2008, she was named as one of Asia's Idol by Asia News Network.




xxxglobal.blogspot.com

Tun Mahathir


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det). Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

xxxglobal.blogspot.com

Friday, 1 April 2011

1 Malaysia


1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

So kawan2, walaupun kita berlainan fahaman politik, marilah sama-sama menyokong 1 Malaysia kerana ia mampu menyatukan dan memperbaiki hubungan setiap kaum di Malaysia.

xxxglobal.blogspot.com